Posts

Showing posts from 2023

Hantar berpuluh Resume tapi tak ada respond? Ini 7 kesilapan yang ramai buat dalam Resume

Image
  [Bacaan 4 Minit] Dah masuk alam pekerjaan, resume ni salah satu senjata untuk kita ' job hunting '. Makin hebat senjata kita makin mudahlah nak dapat hasil. Jadi, kalau anda dah hantar berpuluh resume tapi hasil tak memberangsangkan maksudnya ada sesuatu yang tak kena dalam resume anda pada mata HR atau bakal majikan. Ini 7 kesilapan besar dalam resume: - 1. Pengenalan Diri Biasanya ditulis dalam bahagian pertama atau atas sekali sebagai 'About Me ', ' Objective ' dan ' Summary '. Tak salah sebenarnya nak tulis terutama mereka yang masih belum banyak pengalaman untuk memenuhi resume. Kaedah yang lebih sesuai sebenarnya bahagian ini ditulis dalam ' Cover Letter '. Cover Letter biasanya dibuat dalam satu dokumen asing tetapi dihantar sekali bersama resume. Apa yang nak ditulis? Dalam Cover Letter ini kita boleh tuliskan pengenalan diri, apa kerja yang kita mahir/biasa lakukan. Apa yang kita minat. Kenapa kita yang paling layak dan sesuai untuk ...

Nak Pergi Interview? Ini 9 Tips Yang Boleh Bantu Anda Selain Resume

Image
  [Bacaan: 5 Minit] Walaupun dah banyak kali pergi temuduga mesti rasa resah kan? Resume dah cantik, tapi bila jumpa bakal majikan atau HR je rasa gelabah. Itu normal . Tapi, ada cara untuk anda lebih yakin masa temuduga. Ikut 9 tips ni untuk bantu anda lalui temuduga dengan lebih yakin selain meningkatkan peluang untuk anda berjaya dalam temuduga. 1. Senyum Nampak mudahkan? Tapi masih ada mereka yang lupa nak senyum masa temuduga. Senyum ni sebenarnya memberikan indikator bahawa anda selesa, yakin dan ramah. Penting untuk penemu duga nampak karakter ni. Siapa je nak lantik orang yang masam dan serius tak habis. Anda pun tak nak kan? 2. Pakaian Terbaik Kadang ada penemuduga yang tak sebut secara spesifik cara pemakaian ketika sesi temu duga. Mungkin mereka juga memang boleh bersikap santai. Tapi, dalam sektor pekerjaan ada waktu-waktu penting untuk kita perlu berpakaian terbaik seperti bila berjumpa dengan client atau memberikan ucapan awam. Ketahuilah sesi temu duga juga adalah ...

8 Kriteria Orang Yang Paling Perform Dekat Office

Image
  [Bacaan 4 Minit] Tak ada siapa suka orang yang malas di tempat kerja. Boss tak suka. Rakan sekerja pun tak suka sebab orang macam ni yang akan buat masalah dan merugikan syarikat. Sebaliknya, semua orang suka kerja dengan orang yang perform . Orang sekeliling suka sebab tak lokek nak bantu. Boss suka sebab boleh diharap untuk buat tugasan dengan cemerlang. Golongan ini yang akan dapat ganjaran terbaik (dalam syarikat yang betul). Jadi, kenapa bukan anda juga jadi Top Performer dalam syarikat? Ini 8 kriteria golongan top performer. 1. Daya Tahan Tinggi Tak mudah putus asa ni bukan sekadar kalau gagal, cuba balik. Tapi, kalau gagal kali pertama, percubaan kedua dia akan usaha 2 kali ganda lebih baik. ini beza orang yang ada dayah tahan tinggi.  2. Bijak Bijak ni tak semestinya pandai. Orang pandai kalau tak tahu, dia jawab tak tahu. Orang bijak kalau tak tahu, dia akan jawab tahu, kemudian dia cari jawapan sampai dapat. Mereka ni kalau orang lain semua kata tak boleh, dia ak...

Meeting Berjam-jam Untuk Itu Je?? Kalau Tak Nak Meeting Buang Masa Tengok Checklist Ni

Image
[Bacaan 5 Minit] Laporan Mesyuarat Doodle 2019 (kajian dari 6500 golongan professional) melaporkan secara purata setiap pekerja mempunyai 10 mesyuarat setiap minggu. Setiap mesyuarat berdurasi 30 minit ke 1 jam. Dan dari mesyuarat tersebut 70% dikatakan mengurangkan produktiviti. Hanya 30% sahaja yang yang berkesan atau memberi impak. Kenapa jadi macam ni? Banyak sebab. Antaranya tak tahu fungsi mesyuarat.  Mesyuarat sekadar untuk update . Mesyuarat terlalu lama untuk perkara kecil.  Mesyuarat dengan orang-orang yang tidak ada keperluan dalam agenda. Lagi teruk  mesyuarat tanpa agenda yang jelas. Kadang, meeting 1 jam, yang nak disampaikan 1-2 perkara kecil sahaja. Dalam hati dah kata, "Kenapa tak emel je". Betul. Sebab ramai sebenarnya yang tak reti buat  mesyuarat yang efektif atau tak faham pun fungsi sebenar  mesyuarat. Jadi hari ni saya nak kongsikan 7  checklist untuk  mesyuarat yang efektif. 1....

Zaman Ekonomi Mencabar, Bagaimana Nak Survive Sebagai Seorang Pekerja?

Image
  [Bacaan 3 Minit] Walaupun teknologi makin maju dengan kehadiran Artificial Intelligent (AI), ekonomi tetap makin mencabar. Syarikat gergasi seperti Facebook, Google dan Twitter pun dah buang berpuluh ribu pekerja. Syarikat tempatan pun kena tempiasnya. Dalam ekonomi macam ni, sebagai seorang pekerja, cara nak survive adalah dengan mengurangkan perbelanjaan, menambahkan simpanan kecemasan dan menjadikan diri kita sangat bernilai pada syarikat. Tapi macam mana nak jadikan diri kita bernilai? Ini 7 cara nak jadikan diri kita bernilai dalam syarikat supaya tak risau tentang masa depan. 1. Jadi 'Panadol' Untuk Boss Anda Sebenarnya kita semua diambil kerja untuk selesaikan masalah. Antara cara untuk jadi bernilai adalah selesaikan masalah majikan anda. Kenalpasti masalah mereka, kenalpasti keutamaan semasa, cuba selesaikan masalah paling berimpak tinggi, dengan usaha paling minima. Bila sampai masa yang sukar, majikan anda akan ingat siapa yang membantu, siapa yang sekadar menonto...

9 Fakta Kewangan Yang Jarang Disebut

Image
  [Bacaan 4 Minit] Mungkin kita dah biasa dengar macam-macam cerita kewangan daripada cara berbelanja, menyimpan dan melabur. Tapi semua itu hanyalah separuh dari topik kewangan. Ini 9 fakta kewangan yang mungkin anda tak biasa dengar:- 1. Setia Kepada Syarikat Merugikan  Ramai yang anggap jika kita bekerja keras dan setia dalam syarikat kita bekerja, kita akan diberi imbalan yang lumayan. Fikiran ini sebenarnya SALAH. Kenapa pulak? Ada bukti ke? Ada. Buktinya kadar kenaikan gaji tahunan secara purata hanyalah 5% - 10% sedangkan kadar kenaikan gaji ke syarikat baru secara purata adalah 10% - 30%. Inilah realiti yang tak boleh disangkal. Jika syarikat anda bekerja sekarang boleh berikan kenaikan tahunan lebih dari purata semasa dan kelebihan-kelebihan lain, silakan setia kerana anda berada di tempat yang betul. Tetapi jika tidak, fikirkanlah pilihan yang akan membawa anda lebih dekat kepada matlamat kewangan anda. 2. 70% Jutawan Bukan Dari Harta Peninggalan Hanya 30% Jutawan ha...

Baru Mula Bekerja? Ingat 8 Tips Ini Supaya Pekerja Senior Tak Pandang Enteng

Image
[Bacaan 3 Minit]  Masa baru masuk alam pekerjaan biasanya kita memang akan rasa terkapai-kapai, tak tahu apa yang kita buat ni betul ke, salah ke, tak efisyen ke, memang stress dan rasa rendah diri dengan potensi sendiri. Ingat boleh tunjuk perform depan majikan tapi asyik-asyik buat silap. Jangan risau, ingat 8 tips ni khusus untuk mereka yang baru mula kerja supaya nampak lebih perform dan matang di tempat kerja. 1. Anda Bukan Pakar Strategi Mula kerja biasanya anda adalah seorang eksekutif. Maksud asal dari 'execute' atau pelaksana. Fokus kerja anda adalah pelaksanaan. Kesilapan biasa yang dilakukan bila kita terlebih fokus untuk merancang strategi. Sebelum anda diberi kepercayaan, fokus untuk jalankan tugas hakiki anda dengan pantas, efisyen dan berkualiti. Jika tidak, anda akan dilihat penuh dengan omong kosong. All talks . Sembang semata tapi hasil tiada.  Sebaliknya, jika anda dapat laksanakan tugas anda dengan baik secara konsisten pastinya mereka akan beri kepercaya...

Malas Baca Buku Kewangan? Ini 9 Cara Fikir Yang Akan Mengubah Kewangan Anda

Image
[Bacaan: 5 Minit]  Selain formula-formula kewangan yang ada, cara fikir juga penting dalam menentukan halatuju kewangan seseorang. Tanpa cara fikir yang betul, formula kewangan hanya sekadar formula yang anda guna tanpa sebanrang impak yang besar. Ini 10 cara fikir tentang kewangan yang akan mengubah hidup anda. 1. Fokus untuk memberikan nilai kepada orang lain Sama ada anda memberikan nilai dalam bentuk produk ataupun servis, fahamilah sebenarnya wang adalah hasil dari nilai yang kita berikan. Semakin banyak dan bernilai hasil yang kita boleh berikan, begitulah juga ganjaran yang akan datang bersamanya. Usahakan untuk menggandakan nilai yang mampu kita berikan dengan belajar dan menimba pengalaman. 2. Melabur Pada Diri Sendiri Ramai yang selalu tanya nak melabur di mana. Jawapannya juga banyak. Tetapi satu jawapan yang kekal relevan dari dulu ialah melabur pertamanya kepada diri sendiri dahulu. Jika anda ada RM100 untuk dilaburkan, selain di ASB, anda juga boleh fikirkan untuk mel...

5 Nasihat Kewangan Yang Salah

Image
  [Bacaan 4 Minit] Ramai yang kongsikan nasihat kewangan di sosial media. Dari segi pendapatan, simpanan, hutang, pelaburan dan banyak lagi. Ada yang bagus untuk menambahbaik status kewangan kita seperti mulakan simpanan dari awal, sediakan 6 bulan simpanan kecemasan dan banyak lagi. Tapi, ada juga yang boleh menyesatkan atau tidak tepat untuk semua orang. Hari ni saya nak kongsikan 5 nasihat kewangan yang salah. 1. Kerja Dengan Majikan Tak Boleh Kaya Ramai yang anggap nak kaya mesti berniaga. Tak salah. Tapi juga tak tepat. Hakikatnya 80% perniagaan bungkus dalam 5 tahun pertama. Tapi kerja jadi kuli boleh kaya ke? Boleh jadi Jutawan? Kenapa tak boleh? Laporan Global Credit Suisse menyatakan 68% Jutawan adalah dari golongan pekerja dan baki 42% yang lain adalah pemilik perniagaan. Anda hanya perlu menjadi antara pekerja terbaik dalam industri yang betul. 2. Simpan 10% Anda Selamat Sampai Persaraan Menyimpan dalam kadar apa sekalipun memang dah bagus. Tapi realiti ekonomi dunia kit...

Tips Bina Kekayaan? Ini 5 Jawapan dari Majoriti Jutawan

Image
[Bacaan: 3 Minit]  Ramai yang berimpian nak jadi kaya. Tak salah. Bahkan makin banyak harta, makin banyak sumbangan yang boleh diberikan sama ada kepada ahli keluarga sendiri termasuklah masyarakat. Selagi mana rezeki yang dicari halal dan tanggungjawab lain tidak diabaikan, usahalah sebaik mungkin. Ini 5 tips dari mojoriti jutawan yang akan membantu anda capai ke tahap mereka. 1. Melabur Untuk Diri Sendiri Bila sebut tentang pelaburan, ramai yang tanya, "kat mana?" ASB? Tabung Haji? Saham? Kripto? Salah! Tempat pertama yang sepatutnya anda mula melabur adalah diri sendiri. Kenapa? Jika anda melabur di ASB, mungkin anda dapat pulangan dalam 5%. Tetapi sebagai contoh jika anda melabur untuk belajar kursus kemahiran menulis berharga RM100, kemudian anda berjaya mendapatkan seorang pelanggan untuk servis menulis berharga RM500, anda dah berjaya dapatkan pulangan sebanyak 500%. Itu hanyalah dari seorang pelanggan dan pastinya kemahiran baru anda boleh digunakan sepanjang hayat an...

Tak Payah Baca Buku Tebal-Tebal, Anak Muda Hanya Perlu Elak 7 Kesilapan Kewangan

Image
  [Bacaan 5 Minit] Dulu zaman belajar mungkin mak ayah yang beri duit poket setiap hari. Balik rumah pun pasti ada makanan walaupun sepinggan nasi dan telur goreng. Tapi bila dah habis belajar di sekolah dan pengajian tinggi, mula cari duit sendiri, kita sepatutnya bertanggungjawab 100% atas kewangan sendiri dan tak lagi harapkan Mak Ayah. Bahkan patut dah mula balas jasa Mak dan Ayah. Tapi, atas sebab kekurangan ilmu dan cabaran-cabaran masa kini ramai anak muda yang gagal laksanakan tanggungjawab masing-masing. Jadi hari ni saya nak kongsikan 7 kesilapan yang anak muda perlu elak untuk urus kewangan dengan bijak tanpa baca buku tebal-tebal. 1. Tak Kira Cashflow (Sebab Takut Negatif) Bagi yang tak tahupun cashflow tu apa, cashflow adalah aliran tunai kewangan anda. Secara mudahnya, berapa duit masuk, berapa duit keluar. Biasanya dikira secara bulanan sebab majoriti pendapatan kita (gaji) masuk secara bulanan.  Ramai yang tak kira cashflow sama ada tak tahu atau takut nak...