Posts

Showing posts from 2022

Jumpa Idola, Nak Tanya Apa?

Image
  [Bacaan 2 Minit] Dalam hidup ni sebenarnya ada 1 shortcut untuk berjaya. Belajar dari orang yang dah berjaya. Sebab itu ramai yang pesan supaya kita ada mentor dalam hidup. Kenapa? Supaya kita boleh tahu apa yang menyebabkan mereka berjaya dan apa yang melambatkan kejayaan mereka. Jadi harini saya akan kongsikan 7 soalan penting untuk ditanya kepada orang-orang berjaya di sekeliling anda. 1. Apa perkara yang selalu orang kata penting tetapi sebenarnya tidak? Banyak perkara dan rutin yang kita lakukan sebenarnya hanyalah atas dasar ikut-mengikut. Memang itulah naluri manusia. Tetapi banyak juga perkara yang dibuat sebenarnya tidak menyumbang kepada matlamat kita.  2. Apa rutin harian yang sepatutnya diamalkan lebih awal lagi? Konsistensi adalah kunci segala kejayaan. Biasanya rahsia besar kejayaan seseorang itu tak terletak pada apa yang dilakukan pada sesuatu masa yang spesifik. Tetapi apa yang dilakukan setiap hari. Itulah yang membentuk diri kita dan apa yang kita ada har...

Personaliti? Membantu ke dalam Interview?

Image
  [Bacaan 4 Minit] Dalam arena kerjaya, sesi temuramah merupakan salah satu faktor besar yang menentukan hala tuju kerjaya kita. Mana taknya, kalau tak lepas sesi temuramah, melepaslah jawatan yang dipohon. Begitu juga kalau anda berjaya dalam sesi temuramah, maka bermulalah perjalanan kerjaya dalam bidang tersebut. Tapi ada satu persoalan yang tak ramai ambil tahu. Personaliti. Ada kaitan ke dengan temuramah? Jawapan ringkasnya, ya. Tapi kalau nak tahu kenapa ya, jom kita kupas personaliti bagaimana yang membantu anda dalam sesi temuramah. 1. Kemas dan Professional Manusia ni pelbagai ragam dan citarasa, betul. Tapi dalam sesi temuramah, tiada penemuramah yang suka melihat calon yang selekeh. Tak semestinya anda perlu pakai suit dan kemeja ratusan malah ribuan ringgit. Pakaian bundle pun boleh. Asalkan anda gosok baju, rambut kemas dan badan wangi. Barulah nampak anda seorang yang serius untuk memikul tanggungjawab.  Biarlah anda overdress dengan suit berbanding underdress ...

5 Mitos Dalam Bekerja

Image
  [Bacaan 4 Minit] Dalam kerjaya masing-masing pasti banyak laluan dan cabaran yang kita pernah hadap. Ada yang manis, ada juga yang pahit. Tak kira siapa sekalipun kita semua pastinya sibuk berusaha untuk berjaya dalam industri masing-masing. Cuma, sebelum anda teruskan usaha tu jom kita tengok 5 mitos dalam kerjaya yang ramai daripada kita sendiri mungkin salah faham. 1. Kesusahan Tanda Perkembangan Betul, setiap perkembangan pastinya datang dari cabaran yang sukar. Tetapi tak semua kesukaran itu menandakan diri kita semakin kehadapan. Ini kerana ada cabaran yang membina diri, ada pula cabaran yang merugikan masa dan tenaga.  Cabaran yang membina diri biasanya melibatkan penyelesaian masalah, menggalas tanggungjawab yang besar dan memaksa diri kita berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dari kebiasaan. Cabaran yang merugikan pula apabila kita menghabiskan masa memikirkan perkara yang sama. Membuat perkara yang tidak mendekatkan diri kita dengan matlamat. Sebagai contoh, se...

Anda Baru Diberi Tanggungjawab Untuk Memimpin Sebuah Pasukan? Jangan Risau Ini Caranya

Image
  [Bacaan 5 Minit] Sampai satu masa dalam perjalanan kerjaya, kita akan diberi kepercayaan oleh boss untuk memimpin sama ada sebuah pasukan atau projek. Ini bermakna boss anda nampak potensi untuk anda pergi lebih jauh. Perkara ini tak mudah kerana sebelum ini anda hanya bertanggungjawab terhadap tugas sendiri tetapi kini anda juga bertanggungjawab terhadap hasil dan prestasi orang lain. Tetapi inilah peluang untuk anda  buktikan yang anda sememangnya layak untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Jangan risau, kerana anda tak perlu mula dari kosong kerana inilah panduan untuk menjadi pengurus yang cemerlang:- 1. Cipta Visi Pastikan anda mempunyai visi yang jelas. Apakah kejayaan pada anda. Bagaimana rupanya jika projek itu berjaya. Bagaimana rupanya sebuah pasukan yang hebat. Terjemahkan kejayaan tersebut kepada siri-siri matlamat yang lebih kecil untuk dicapai. 2. Komunikasi Yang Baik Dengar untuk memahami. Bercakap dengan Jelas. Beri kritikan yang membina. Cari kriti...

Managing Up? Menjadi Pengurus Diri Sendiri

Image
  [Bacaan 5 Minit] Dalam situasi kerja yang pantas dan sibuk, seorang majikan tak mampu nak mengurus semua pekerja dengan baik. Apa yang mereka harapkan pada seorang pekerja sebenarnya adalah bila seorang pekerja itu mampu mengurus diri sendiri dan tugasan dengan baik. Dalam masa yang sama anda juga sebenarnya mengurus majikan anda.  Tanpa pengurusan yang baik anda meningkatkan risiko untuk salah faham, menghabiskan masa dengan perkara yang berimpak rendah dan memberikan persepsi buruk terhadap kualiti kerja anda. Sebaliknya jika anda mengamalkan teknik pengurusan yang baik anda akan dilihat sebagai aset dalam syarikat, berbaloi untuk diberikan peluang dan dilaburkan dengan nilai kewangan dan kemahiran. Ini 5 tips untuk menjadi pengurus yang baik (untuk diri sendiri):- 1. Sedar Diri Ya, sebelum apa-apa anda mesti sedar diri. Sedar bahawa anda perlu mengurus diri sendiri sebelum orang lain mengurus anda. Sebelum juga anda menjadi pengurus. Ini kerana majikan tidak akan lantik s...

Apa yang penting kerjasama. Macam mana nak dapat kerjasama?

Image
[Bacaan 3 Minit] Sebelum masuk sekolah lagi kita dah diajar tentang kepentingan kerjasama di peringkat pra-sekolah. Ia kekal menjadi satu kepentingan hingga di alam dewasa yang penuh dengan tanggungjawab kerjaya dan keluarga. Tiada siapa yang mampu hidup seorang diri tanpa bantuan orang lain. Nak tunda deadline , nak minta bantuan rakan sekerja, nak ubah waktu mesyuarat, nak minta bajet hinggalah nak pilih tempat makan. Semua perlukan kerjasama dan persetujuan daripada orang lain. Tapi tak ramai ajar cara nak dapat persetujuan orang lain. Hinggalah hari ini. Jadi bersedia dengan pen dan nota kerana ini langkah mudah nak dapat persetujuan dari orang lain. Pertama kita perlu memahami kenapa orang menolak sesuatu permohonan. Lumrahnya setiap orang nak jaga kepentingan masing-masing. Jika tiada manfaat dilihat jarang kita nak lakukan sesuatu perkara. Itulah juga yang berlaku bila kita meminta pertolongan atau persetujuan. Jika tiada manfaat dilihat sukar untuk seseorang mengatakan "Ya...

Soft Skill? Untuk Apa?

Image
[Bacaan 5 Minit] Kemahiran teknikal atau hard skill umpama lesen untuk mendapat kerja. Jika anda memohon untuk menjadi Arkitek misalnya anda perlu ada kemahiran matematik dan melukis menggunaan perisian yang bersesuaian. Tetapi untuk naik ke tahap yang lebih jauh, kemahiran sahaja tidak mencukupi. Anda perlu bekerja dalam organisasi, memberi cadangan dan solusi kepada boss serta memberi kefahaman kepada pelanggan tentang hala tuju projek. Perkara inilah yang memerlukan kemahiran insaniah atau soft skill supaya anda dapat menghasilkan kerja yang cemerlang. Jadi hari ni saya akan kongsikan 11 soft skills untuk level up dalam kerjaya. 1. Komunikasi Jangan mencelah. Ramai yang gagal jadi pendengar yang baik kerana mereka mendengar untuk menjawab. Bukan mendengar untuk memahami. Sentiasa bercakap dengan nada yang hormat tanpa merendahkan orang lain. 2. Pengaruh Kenalpasti apa yang orang lain suka dan tidak suka. Sampaikan penceritaan yang mereka mudah faham. Hasilkan cerita yang mampu ...

Meta-learning, Belajar Cara Belajar. Macam Mana Tu?

Image
[Bacaan 7 Minit]   Proses pembelajaran adalah satu proses yang seharusnya berlaku sepanjang hayat. Ini kerana tak kira di mana sahaja kita dalam fasa kehidupan sentiasa ada perkara yang boleh kita belajar untuk menambah baik nilai hidup. Sama ada nak pandai akademik, mahir di tempat kerja, berjaya dalam perniagaan termasuklah nak didik anak. Semuanya perlukan ilmu. Tapi sebelum kita mula belajar, kita perlu tahu dulu macam mana nak belajar. Eh, macam mana tu? Meta-learning atau belajar kaedah belajar adalah satu proses penting. Tujuan utamanya nak pastikan kita dapat ilmu yang terbaik dalam tempoh masa paling optimum. Tak adalah kita membelek-belek buku atau skrol artikel berjam-jam yang dapat nya  secubit sahaja. Jadi hari ni saya akan kongsikan 9 konsep meta-learning supaya anda mahir untuk kuasai apa-apa bidang yang dipelajari. 1. Lakar Peta Pembelajaran Senaraikan topik-topik yang ada dalam bidang tersebut dan buat lakaran bagaimana mereka saling berkait. Cari topik yang p...

Banyak IQ Jadi Pandai, Banyak EQ Dapat Apa?

Image
[Bacaan 6 Minit] Kebanyakan daripada kita dah biasa dengar IQ (Intelligent Quotient) iaitu penanda aras kepandaian dalam bentuk kuantiti. IQ secara umumnya penting dalam aspek kemahiran teknikal seseorang. Tapi, tak ramai yang tahu dan faham kepentingan EQ (Emotional Quotient) atau kebijaksanaan emosi. Jadi hari ni saya nak kongsikan bagaimana kebijaksanaan emosi atau EQ ini akan membantu anda dalam kerjaya. 1. Empati Empati memerlukan seseorang untuk meletakkan dirinya dalam keadaan orang lain. Kaedah ini akan membantu kita memahami perasaan orang lain sebaik mungkin. Seseorang yang mempunyai empati akan mendengar untuk memahami berbanding untuk menjawab.  Selain percakapan, gaya badan juga perlu dibaca untuk memahami situasi seseorang. Orang yang mempunyai empati akan disenangi orang sekeliling. 2. Hubungan Peringkat Individu Membina hubungan atas dasar kepercayaan yang ikhlas sangat penting. Salah satu caranya adalah dengan menjadikan diri kita lebih terbuka dan mudah untuk berk...

5 Langkah Mudah Untuk Buat Keputusan

Image
[Bacaan 4 Minit] Kajian dari Universiti Cornell mengatakan manusia membuat sebanyak 226.7 keputusan setiap hari pada topik makanan sahaja! Secara puratanya kita membuat hingga 35,000 keputusan setiap hari dari bangun pagi sampai balik tidur. Pastinya satu kerugian jika kita tak tambah baik berpuluh ribu keputusan yang dibuat setiap hari. Terutamanya keputusan yang penting dalam hidup anda. Di mana anda nak tinggal. Apa pekerjaan yang anda nak buat. Siapa pasangan anda. Apakah yang paling penting dalam hidup anda. Soalan-soalan ini perlu dijawab dengan baik kerana ia akan menentukan hala tuju hidup anda. Jadi ini 5 langkah yang boleh digunakan untuk pastikan keputusan yang anda buat adalah yang terbaik. 1. Kenal Pasti Matlamat Perkara pertama yang kita perlu jelas adalah matlamat dalam sesuatu keputusan. Contohnya kita nak pilih kerja. Adakah kita nak kejar gaji semata? Atau kita masih diperingkat awal kerjaya dan perlu utamakan membina kemahiran? Matlamat yang jelas akan membantu kita ...

15 Tabiat Yang Membunuh Potensi Diri

Image
  [Bacaan 5 Minit] Bila kita dah menetapkan sesuatu matlamat, pastinya banyak usaha yang perlu dilaksanakan untuk mencapainya. Selain menambah usaha, sebenarnya kita juga harus meninggalkan beban yang melambatkan dan menyukarkan lagi usaha kita. Beban ini adalah tabiat buruk. Jika kita biarkan sahaja tabiat buruk ini dalam diri, kita mungkin membazirkan masa bahkan mungkin menggagalkan matlamat kita sekaligus. Ini adalah 15 tabiat buruk yang akan menghalang anda dari mencapai matlamat kehidupan. 1. Terlalu Banyak Mengeluh Hidup ini banyak ujian. Itu jelas. Tetapi terlalu banyak mengeluh atas ujian akan membentukkan jiwa yang lemah dalam diam. Semakin lama diri kita menjadi semakin lemah untuk menanggung ujian dan akhirnya akan menjadikan kita orang yang mudah berputus asa. Percayalah orang yang mudah berputus asa sukar mencapai apa-apa matlamat dalam hidup. 2. Terlalu Sibuk Merancang Ramai orang mudah terperangkap. Merancang itu bagus bahkan wajib kita membuat persediaan tetapi ram...

Melekat Dengan Phone? Jangan Biar Lama-Lama

Image
  [Bacaan 4 Minit] Kalau kita keluar rumah, tertinggal apa yang akan buat kita terus patah balik nak ambil? Ya, semestinya telefon masing-masing. Di rumah, tempat kerja, bahkan dalam tandas pun di bawa. Memang tak sangkal telefon dah jadi sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tapi, jangan ambil mudah kerana telefon (termasuklah aplikasi di dalamnya) boleh menyebabkan ketagihan yang memberi kesan negatif. Anda boleh baca lebih lanjut tentang ketagihan dan dopamin di sini. Lihat sahaja hari ni berapa ramai anak muda yang terlekat dengan telefon bermain permainan video hingga berjam-jam lamanya. Mereka yang tak main permainan video pun tak kurang juga menghabiskan masa dengan media sosial. Ketagihan yang tak sihat ini menyebabkan kehidupan seharian kita tidak seimbang. Terlalu banyak masa dihabiskan untuk perkara tidak penting akhirnya perkara yang lebih penting seperti masa untuk keluarga, penjagaan kesihatan, pembelajaran dan ibadah tak dapat diuruskan dengan baik. Ketagihan...

11 Cara Untuk Level Up Dalam Kerjaya

Image
  [Bacaan 5 Minit] 1. Duduk Bersama Orang Hebat Duduk bersama orang hebat secara tak langsung akan menanam nilai-nilai hebat dalam diri kita juga. Sebagai contoh jika anda ada 5 orang kawan dan kesemua mereka rajin membaca buku, kemuingkinan besar anda juga akan praktis aktiviti yang sama. Dalam masa yang sama elakkan dari orang yang selalu berfikiran negatif, berkata belakang dan macam-macam sikap yang mundur. 2. Jadi Team Player Yang Baik Seorang pemimpin yang baik bermula dari seorang rakan yang baik. Pastikan anda menjadi Team Player dan sentiasa membantu dan membimbing rakan sekerja dalam aspek yang anda mahir. Jangan kedekut ilmu kerana ilmu itu semakin dikongsi semakin dikuasai. 3. Cari Mentor Cari peluang untuk mendapatkan seorang mentor. Tujuannya supaya anda sentiasa mendapat maklum balas tentang kerja yang anda lakukan. Sama ada ia sudah cukup baik atau perlu ditambah baik. Jika perlu ditambah baik pula apa yang perlu ditambah. Semua ini adalah sebab utama mengapa anda p...

Sikap Yang Mengikat Anda Jadi Orang Biasa-Biasa

Image
  [Bacaan 4 Minit] Dalam hidup ini setiap orang diberi pilihan. Apa yang nak dibuat hari ini, apa yang nak dicapai dalam hidup dan siapa mereka nak jadi. Sebenarnya sikap kita sendiri akan menonjolkan siapa yang kita nak jadi sama ada orang biasa-biasa atau orang luar biasa yang boleh capai kejayaan dalam hidup. Ini sikap-sikap yang menandakan anda memilih untuk menjadi orang biasa-biasa. 1. Mudah Putus Asa Sikap pertama ini merupakan pemisah utama antara orang biasa-biasa dan orang luar biasa. Anda boleh tanya sendiri golongan yang berjaya ini tak kira bidang apa pasti mereka akan jawab kunci paling utama adalah tak mudah putus asa. Sebaliknya bagi orang biasa-biasa apabila menemui kesukaran mereka lebih memilih untuk berhenti separuh jalan. 2. Banyak Telan Hiburan Netflix, Facebook, Twitter dan banyak lagi sumber media bukan sahaja dah ambil alih peranan TV tetapi juga mengambil alih sebahagian besar perhatian dan masa golongan belia. Dalam tempoh sehari agaknya berapa lama kita ...